DIJAMIN HALAL

Di Texas Chicken, kami memastikan yang
status Halal kami sentiasa terpelihara dengan:

  • PEMBEKAL YANG HALAL

    Perkara pertama yang kami pertimbangkan apabila memilih pembekal ialah produk mereka mesti mempunyai sijil Halal daripada JAKIM ataupun badan pensijilan Halal dari luar negara yang diluluskan oleh JAKIM.

  • PREMIS YANG BERSIH

    Kebersihan setiap ruang dan peralatan di restoran sentiasa diutamakan dan barangan yang tidak Halal tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam restoran kami.

  • PEKERJA BERAGAMA ISLAM

    Sekurang-kurangnya dua orang kakitangan beragama Islam akan ditugaskan di bahagian dapur pada setiap masa.

Untuk sebarang pertanyaan tentang pensijilan Halal kami, sila hubungi kami di contactus@texaschickenmalaysia.com